40 tahun, masa yang panjang itu tidak pernah sekali pun mematahkan semangat DJ Dave untuk terus mewarnai dunia hiburan. Terbaru, DJ Dave akan menghiburkan peminat dengan 35 lagu terulung daripada beliau yang dipersembahkan dalam sebuah showcase selama 2 jam mulai 1 hingga 3 Jun 2012 bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Antara lagu yang menjadi pilihan adalah Ingin Bersua, Maafkanlah, Biar, Nora, Different Kind Of Lady dan single duet terbaru bersama Marsha, “I Always Love You” dalam bahasa Hindi.
Selain itu, DJ Dave turut melancarkan single terbaru beliau hasil ciptaan Dato’ M. Nasir berjudul Nyawaku demi mengubat kerinduan peminat yang inginkan lagu Melayu daripadanya. Memetik kata-kata beliau, “Selepas 20 tahun saya tidak merakamkan lagu Melayu, kali ini saya ingin membuat satu kelainan. Saya menghubungi Dato’ M. Nasir untuk meminta sebuah lagu. Kami bertemu, dan Dato’ M. Nasir dengan gitarnya memainkan melodi di depan saya. Daripada situ, terciptalah Nyawaku.”
Katanya lagi, “Secara kebetulan, saya berjumpa dengan Datuk Yusof Haslam dan beliau mencadangkan kepada saya agar video klip Nyawaku diarahkan oleh anaknya yang berusia 19 tahun, Syafiq. Saya berasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan anak muda kerana mereka lebih faham dengan isu semasa, bersesuaian dengan lagu yang diketengahkan.”
Tiket showcase boleh didapati melalui laman www.ticket2u.biz atau panggilan ke 03-41478600 dengan harga bermula RM53, RM83, RM123, RM253, RM303 dan RM453.
Video ketika sesi sidang media selepas ini.
Related posts:
- (Video) Gadis Psiko Tak Boleh Nyanyi Lagu I Will Always Love You – Whitney Houston
- Whitney Houston Meninggal Dunia, Keluarga Khuatir Anak Whitney Bunuh Diri
- Hujan Bakal Nyanyi Lagu P Ramlee Dalam Kempen Di Mana Kan Ku Cari Ganti
- Kamal Adli Nyanyi Dalam Lagu “Ku Syok Kat Dia”
- Whitney Houston Hampir Dihalau Keluar Dari Pesawat!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét