Thứ Tư, 18 tháng 4, 2012

Azwan Ali Makin Ada Adab

Terdetik sebuah perbualan di pejabat urusan OHBULAN! mengenai selebriti penuh kontroversi, Azwan Ali berkenaan perkembangannya yang terbaru selepas krisis adik-beradik yang dia alami.

Menurut kata-kata Ell (penulis), “Baguslah Azwan Ali, sekarang dia kurang meroyan, mencarut di Twitter. Nyaman otak aku nak baca timeline yang memang bersepah-sepah tu. Walaupun tweetnya masih ada gunakan ayat-ayat Nyah, tapi secara keseluruhannya aku boleh terima. Pendek kata, Azwan Ali masih ingat dengan adab kemelayuan kita.”

Si editor membalas kata-kata Ell, “Barangkali dia sudah insaf kot. Lagi pun, tak guna nak bermusuh-musuh dengan ramai pihak, end up apa pun tak jadi. Lebih bagus la dia buat baik, makin lama orang akan perasan juga. Tapi, biarlah kebaikan itu dibuat dengan penuh keikhlasan, baru ada berkat. Betul tak?”

Ell berkata, “Apa pun, aku harap Azwan Ali jangan lah buat balik perangai lamanya. Kalau dia buat juga, aku memang selamba je basuh dia depan-depan nanti.”

Fuh! Garang betul penulis kami ni ye. Kami bandingkan kata-kata Ell dengan timeline Azwan Ali. Ya, dia sudah sopan dan boleh bertoleransi. Syabas!

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến