Semalam, OHBULAN! ada menulis mengenai Persatuan Seniman dan Exco Pemuda UMNO, Encik Jamawi Jaafar yang hadir melawat Bob Kuman di hospital dan menyalurkan bantuan bagi meringankan beban selebriti ini.
Selepas berita baik itu tersebar, OHBULAN! segera menghubungi Zed Zaidi bagi mendapatkan info mengenai bantuan yang diberikan.
“Seniman dan Exco Pemuda UMNO, Encik Jamawi Jaafar sama-sama melawat dan menghulurkan bantuan tunai kepada Bob Kuman namun biarlah dirahsiakan jumlahnya. Ini semua untuk meringankan beban Bob Kuman,” ujar Zed Zaidi memulakan perbualan.
Zed Zaidi turut menyatakan bahawa Bob Kuman mengalami masalah kewangan kerana sebelum ini Bob pernah ditipu wangnya bagi mendapatkan mesin bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, Zed Zaidi turut memberitahu bahawa mereka turut memberikan bantuan pada keluarga P.Ramlee yang kini sedang dihimpit masalah kewangan. Isu cukai tanah rumah milik keluarga P.Ramlee yang baru-baru ini kecoh di media cetak telah menarik perhatian Seniman untuk membantu warisan keluarga lagenda ini.
“Bersama Exco Pemuda UMNO, Encik Jamawi Jaafar, Persatuan Seniman turut membantu ahli keluarga P.Ramlee. Kami juga sedang menguruskan seorang ahli keluarga P.Ramlee yang terpaksa menghentikan pelajaran di Lim Kok Wing dalam bidang muzik kerana kesempitan wang,” ujar Zed Zaidi lagi.
Baguslah ada persatuan yang prihatin dengan kebajikan artis dibawah persatuan mereka. Maklumlah, besar manalah industri hiburan negara kita ini kan? Untuk pengetahuan, Encik Jamawi Jaafar adalah Exco Pemuda UMNO Malaysia Biro Kebudayaan dan Kesenian.
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét