Tahniah OHBULAN! ucapkan pada Nabil dan Zira kerana mereka berdua bakal bergelar bapa dan ibu tidak lama lagi.
Dikhabarkan, Zira atau nama sebenarnya Nazirah Binti Ayub sudah hamil 5 minggu dan berita gembira ini baru sahaja diketahui mereka berdua semalam.
“Pagi tadi (17 April) saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik,” ujar Zira
Berita gembira ini turut disahkan oleh doktor namun jantina bayi mereka masih lagi belum disahkan.
“Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna,”
Untuk pengetahuan, Nabil & Zira telah selamat bernikah pada 30 September 2011 di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya.
Sumber : MH
Related posts:
- 16 Foto Terbaru, Nabil & Zira Bahagia Bersama!
- Breaking News : Nabil & Zira Sah Bergelar Suami Isteri.
- Foto Eksklusif : Teaser Cenderahati Perkahwinan Nabil & Zira.
- Gambar : Nabil Raja Lawak Bersama Bakal Isteri, Nazirah Ayub. Romantiknya!
- Eksklusif: Animasi “Tahniah Nabil & Zira”!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét